HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM DAN HARI USAHAWAN TAHUN 6

Posted by skbjalil | | Posted on 10:54 PG

0


Encik Soharto bin Baharen (GPK Kokurikulum)

Team Bola Jaring



Hobin jang hobin



Pada 13 November yang lepas, SKBJ berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum dan Hari Usahawan Tahun 6. Majlis ini ringkas jer.. namun penuh bermakna. Anugerah Kokurikulum nih adalah kemuncak bagi menghargai penglibatan murid serta memberi penghargaan kepada guru yang telah mengharumkan nama SKBJ pada peringkat zon, daerah, negeri seterusnya peringkat kebangsaan.

Majlis ini juga sebagai inisiatif dalam memberi pengiktirafan terhadap pencapaian murid-murid dalam bidang kokurikulum dan sebagai dorongan kepada murid untuk terus maju dalam berbagai aspek, selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Bintang Tenis SKBJ Muhammad Asyraff bin Mohd Safian n family

Australian (WA) OPER Junior Open 2009

Syabas dan tahniah diucapkan kepada ibubapa yang sentiasa memberi sokongan terhadap penglibatan anak-anak di dalam bidang kokurikulum.

Syabas dan tahniah juga kepada penerima hadiah. Yang berjaya tingkatkan lagi pencapaian dan yang kurang berjaya... usahlah berputus asa. Tingkatkan lagi usaha.


JAMUAN AKHIR TAHUN

Posted by skbjalil | | Posted on 11:38 PG

0












Jamuan, jamuan, jamuan. Makan, makan, makan. Dah akhir sesi persekolahan 2009 ni, kelas-kelas sibuk ler membuat jamuan. Bagus juga ada jamuan nih. Dapat makan free hehehe..... cikgu ler tu... Bagi murid pula masa nih ler nak release stress... yer ker?

Jamuan, jamuan juga. Makan, makan juga. Kebersihan hendaklah dijaga. Apa yang dikesalkan... lepas jamuan, sampah tidak dibersihkan dengan baik. Akibatnya tinggallah bau yang kurang menyenangkan. Kasihan Pakcik Mat Diah, Makcik Ani dan Makcik Ita... kena bersihkan sampah-sampah jamuan berkenaan.

Jadi... saling kerjasama dan tolong-menolong yer bersihkan sampah-sampah lepas jamuan.



PEPERIKSAAN PKSR II

Posted by skbjalil | | Posted on 11:12 PG

0

Aerwyna Azurine (5 Arif)

Auni Shazahanis Izzati (5 Arif)

5 Arif


5 Bestari
Peperiksaan PKSR II telah berlangsung semalam lagi. Hari ni hari kedua berlangsungnya exam. Hari ni exam Matematik 1, Matematik 2 dan Kajian Tempatan. Bagi yang membuat persiapan untuk peperiksaan ini tiada masalah untuk menjawab exam. Bagi yang tidak bersedia dan leka pastilah bermasalah nak jawab exam. Apapun didoakan semoga semuanya berjaya dan memperoleh markah yang cemerlang.





PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA DEEPAVALI DAN PEPERIKSAAN PKSR 2 TAHUN 2009

Posted by skbjalil | | Posted on 4:20 PTG

0

Adalah dimaklumkan bahawa Perayaan Deepavali akan disambutoleh masyarakat India pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009.

Sukacita dimaklumkan Sekolah Bukit Jalil akan bercuti pada 16 Oktober (Jumaat) hingga 19 Oktober 2009 (Isnin) dan sekolah akan dibuka semula pada 20 Oktober 2009 (Selasa).

Sehubungan itu, sekolah akan digantikan pada 24 Oktober 2009 (Sabtu). Semua murid Islam Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan Tahun 4 sahaja wajib hadir untuk menjayakan Program Kem Bestari Solat.

Ujian Selaras PKSR 2 akan diadakan pada 26 Oktober 2009, Isnin sehinga 30 Oktober 2009 (Jumaat).

Jadual Peperiksaan telah diedarkan kepada semua murid.

Untuk pengetahuan semua, peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Jawi (Tahun 1, 2, dan 3) akan diadakan pada 14 Oktober 2009 (Rabu)

Pihak sekolah mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua murid dan warga SKBJ yang beragama Hindu dan selamat mengulangkaji pelajaran untuk persediaan menduduki ujian PKSR 2.

KEMBALI KE SEKOLAH

Posted by skbjalil | | Posted on 3:59 PTG

0

Hari ni sekolah dibuka semula. Mood semua warga SKBJ nampaknya belum pulih lagi selepas cuti panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri. Cuaca juga mempengaruhi..... mendung jer pagi nih. Tengah hari pula hujan turun dengan lebatnya.



Kantin... ingatkan lepas-lepas raya nih akan adalah sedikit perubahan menu ker. Harapan jer la. Dari awal tahun hingga kini, sama jer menunya. Boring pun ada kalau setiap hari mengadap menu yang sama.

CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI

Posted by skbjalil | | Posted on 10:24 PG

0

Untuk makluman ibu bapa/ penjaga, SKBJ akan mula bercuti pada 18.09.2009 (Jumaat) hingga 27.09.2009 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 28.09.2009 (Isnin). Hari persekolahan pada 18.09.2009 (Jumaat) akan diganti pada 24.10.2009 (Sabtu).

SKBJ mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang beragama Islam.

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN

Posted by skbjalil | | Posted on 10:06 PG

0

Program Ihya' Ramadhan diadakan pada waktu pagi, 17 Sept. 2009 bersamaan hari Khamis (27 Ramadhan 1430). Sehubungan itu semua murid dari tahun 1 - 6 hadir pada waktu pagi. Murid-murid yang bukan beragama Islam mengikuti program penghayatan nilai-nilai murni dibawah anjuran Panitia Pendidikan Moral.

gini ler kehadiran murid hari nih

Ucapan Perasmian oleh Guru Besar


Khatam Al-Quran




Penyampaian cenderahati kepada guru-guru



Penyampaian cenderahati kepada kumpulan tadarus guru-guru



Persembahan


Penyampaian sumbangan kepada anak yatim



Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan